Daus (AF8) Dilamar KRU Studios

Daus ketika menjayakan Konsert Reunion AF9 di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Oktober lalu. - Foto oleh SAMUEL ONG
Daus ketika menjayakan Konsert Reunion AF9 di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Oktober lalu. - Foto oleh SAMUEL ONG
Daus ketika menjayakan Konsert Reunion AF9 di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Oktober lalu. - Foto oleh SAMUEL ONG

SEJAK menyertai Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli sudah tidak bergerak dengan bandnya, 9TreeO.

Kini, setelah memenangi tempat ketiga dalam program realiti itu, anak muda kelahiran Kuching, Sarawak ini memilih untuk bergerak solo lebih-lebih lagi setelah dilamar oleh KRU Studios.

Menurut Daus, bukan dia sudah melupakan band, sebaliknya dia mendapat tahu band tersebut telah dibubarkan kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan pelajaran.

Jika ada rezeki, mungkin dia akan menubuhkan semula band tersebut. Tetapi buat masa ini biarlah dia menumpukan kepada kerjayanya yang baru hendak bermula ini.

“Sekarang ini, saya sedang dalam perancangan untuk bergerak di bawah naungan KRU Studios. Insya-Allah, single terbaru saya akan muncul pada hujung bulan November ini.

“Material sudah ada cuma menunggu masa untuk proses rakaman yang dijangkakan pada awal bulan November ini. Lagu tersebut catchy seperti lagu Kenapa dan dihasilkan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Selain Daus, tiga orang peserta AF8 yang turut menyertai syarikat produksi gergasi itu adalah Nad, Shah dan Alif.

Daus menganggap mungkin kerana bakat yang mereka ada atau Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) sudah tidak mampu menampung kesemua 12 pelajar AF8.

“Saya rasa lebih selesa dengan KRU sebab Norman Abdul Halim merupakan bekas pengetua kami dan kami semua rapat dengannya. Walaupun dia otai, tapi anggap kami seperti kawan dan adik-beradik

“Insya-Allah, dengar cerita KRU juga ada perancangan untuk menawarkan kami berlakon dan masa depan kami lebih terjamin,” ujarnya.

Pada Julai lalu, Daus dan beberapa bintang AF8 telah terlibat dengan konsert jelajah mini untuk mempromosikan single masing-masing dan filem Magika di Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pada 10 Oktober lalu, dia menjayakan Konsert Reunion AF8 di Stadium Putra Bukit Jalil. Diperhatikan, setiap persembahan Daus tidak sah jika dia tidak melompat.

Dia berkata aksi melompat itu bagaikan suatu trademark kepadanya supaya menjadi kelainan dan diingati oleh peminat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain