suria

80 Penyertaan Sempena Festival Filem Dokumentari Kedua

- Foto THE STAR Oleh UU BAN
- Foto THE STAR Oleh UU BAN
- Foto THE STAR Oleh UU BAN

KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 penyertaan terpilih untuk menyertai Festival Filem Dokumentari Malaysia kedua yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Studio Digital Mix Stage, Finas Sabtu ini.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim (gambar) berkata festival itu terbahagi kepada empat kategori iaitu Dokumentari Ilmiah dan Sejarah yang mencatatkan 30 penyertaan, Dokumentari Kesenian dan Kebudayaan (17), Dokumentari Isu Semasa dan Kemasyarakatan (17), Dokumentari Alam Semula Jadi dan Pelancongan (16).

Beliau berkata pemenang bagi empat kategori yang dipertandingkan itu akan menerima wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil penyertaan yang akan disampaikan pada malam penganugerahan tersebut.

"Pemenang bagi keempat-empat kategori yang dicalonkan juga bakal merebut gelaran juara keseluruhan iaitu Dokumentari Terbaik Keseluruhan (Anugerah Cipta) yang akan disampaikan pada malam anugerah FFM ke-23 bermula dari 20 hingga 24 Oktober ini di SACC Mall Shah Alam, Selangor," katanya pada sidang media Festival Filem Dokumentari Malaysia kali kedua di sini Khamis.

"Seperti pada tahun lepas, Finas akan mencalonkan anugerah bagi kategori Penyuntingan Terbaik Keseluruhan, Skor Muzik Terbaik Keseluruhan, Sinematografi Terbaik Keseluruhan, Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik dan Jurukamera Terbaik di mana masing-masing akan menerima wang tunai RM3,000 serta trofi dan sijil penghargaan," katanya.

Pada tahun lepas, sebanyak 60 penyertaan diterima dan dimenangi oleh Bumi Pribumi (Finas & Q-Plez Communication) bagi Filem Dokumentari Terbaik dan penyertaan pada kali ini meningkat sebanyak 20 penyertaan.

Finas mengadakan penganugerahan tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan Festival Filem Malaysia FFM Ke-23 itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahmad Idham Dapat Anak Lelaki

Artikel Lain