suria

Leonardo DiCaprio Tidak Pasti Untuk Kahwin

- Foto AP
- Foto AP
- Foto AP

PELAKON, Leonardo DiCaprio (gambar), yang bercinta dengan model Bar Rafaeli, mengakui tidak yakin sama ada dia akan bernikah ataupun tidak.

Bintang filem The Inception itu hilang keyakinan untuk berkahwin selepas melihat perkahwinan kawan serta orang lain gagal.

Sebagai contoh teman rapatnya, Kate Winslet berpisah dengan suaminya Sam Mendes yang juga pengarah filem.

"Saya tidak tahu sama ada akan berkahwin. Saya pernah melihat pernikahan yang sepatutnya bahagia akhirnya gagal. Saya terkejut seperti orang lain," kata DiCaprio kepada media.

DiCaprio juga memberitahu, dia tidak yakin sama ada akan selesa dengan kehadiran teman wanitanya ketika menjalani penggambaran adegan cinta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain