suria

Kontrak KP Finas Disambung Hingga November

PETALING JAYA: Desas desus kedudukan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim (gambar) akhirnya terjawab apabila beliau disambung kontrak untuk tempoh tiga bulan berkuat kuasa hari ini.

Mohd. Mahyidin berkata, beliau menerima surat berkenaan pada hujung minggu lalu daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

“Tugas saya sebagai Ketua Pengarah Finas berkuat kuasa hari ini sehingga 15 November depan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Kontrak beliau untuk jawatan itu sepatutnya berakhir hari ini tetapi Mohd. Mahyidin ada menghantar surat agar ia dilanjutkan untuk membolehkan beliau menyelesaikan beberapa perkara yang masih belum terlaksana.

Katanya, ia juga bertujuan untuk membolehkan pihak kementerian mempunyai ruang memilih Ketua Pengarah perbadanan itu yang baru.

Ditanya siapakah individu yang akan menggantikan tempatnya nanti, Mohd. Mahyidin bagaimanapun tidak mengetahuinya kerana perkara itu adalah di luar bidang kuasa beliau.

Artikel Berikut

Artikel Lain