suria

Pelajar Aswara Buktikan Haluan Masa Depan Penari

Pelajar dari Fakulti Tari Aswara ketika membuat persembahan.
Pelajar dari Fakulti Tari Aswara ketika membuat persembahan.
Pelajar dari Fakulti Tari Aswara ketika membuat persembahan.

FAKULTI Tari Aswara dengan sokongan My Dance Alliance akan menghasilkan sebuah Persembahan Tari Kontemporari untuk meraikan ‘Balik Kampung’ oleh tiga orang pelajar lulusan diplomanya.

Tiga pelajar tersebut, James Kan, Lee Wen Yan dan Liu Yong Sean yang pulang bercuti untuk musim panas akan mempamerkan apa yang telah mereka pelajari sebagai penari-koreografer dalam persembahan yang berjudul Balik Kampung.

James telah menamatkan Pengajian Persembahan Tari Moden Tahun 2 di Universiti Seni Kebangsaan Taipei, Taiwan, manakal Wen Yan adalah pelajar Tahun 2 lulusan Major Koreografi dan Yong Sean, pelajar Tahun 3 lulusan Major Persembahan, masing-masing di Universiti Seni Kebangsaan Korea, di Seoul.

Ketiga-tiga mereka adalah mahasiswa Sarjana Seni yang ditaja sepenuhnya oleh universiti luar negara.

Mereka akan membuat persembahan dalam siri solo dan berkumpulan yang dicipta sendiri sebagai artis-artis solo dan penari-penari Aswara.

Para Penari Aswara adalah Penerima Anugerah Kumpulan Tari Terbaik di Cameronian Boh 8 - Anugerah Seni 2010 dan telah banyak memperkayakan senitari Malaysia.

Tari kontemporari mempunyai pengikut lebih sedikit berbanding teater popular, dan keseluruhannya, penonton berusaha sedaya upaya untuk memahami apa yang dipersembahkan di atas panggung.

Ini adalah salah satu sebab utama Aswara berusaha menyajikan persembahan sepanjang tahun supaya penonton dapat membiasakan diri dengan idea-idea, konsep dan gaya kontemporari.

Penonton berpeluang menyaksikan tiga pertunjukan pada 4 dan 5 Ogos, pukul 8.30 malam, di Panggung Eksperimen, Kampus Aswara, 464, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Tiket dijual pada harga RM20 dan RM10 untuk pelajar dan warga emas.

Artikel Lain