suria

Kenny Lee Puas Menjadi Sudirman Walau Hanya 10 Minit

Kenny mendendangkan lagu Apa Khabar Orang Kampung dan Joget Kenangan Manis di Konsert Dir...Suara 1Malaysia di KL Life Centre, Ahad lalu.
Kenny mendendangkan lagu Apa Khabar Orang Kampung dan Joget Kenangan Manis di Konsert Dir...Suara 1Malaysia di KL Life Centre, Ahad lalu.
Kenny mendendangkan lagu Apa Khabar Orang Kampung dan Joget Kenangan Manis di Konsert Dir...Suara 1Malaysia di KL Life Centre, Ahad lalu.

KEMUNCULANNYA selama 10 minit untuk menyanyikan dua buah lagu iaitu Apa Khabar Orang Kampung dan Joget Kenangan Manis nyanyian Datuk Sudirman Arshad benar-benar mencuri perhatian penonton Konsert Dir…Suara 1Malaysia pada Ahad lalu di KL Life Centre, Kuala Lumpur.

Ramai penonton yang teruja melihat susuk tubuh dan mendengar suara Kenny Lee, 50, atau popular dengan nama Sudirman Melaka itu yang hampir sama dengan penyanyi tersohor negara.

Walaupun hanya berpeluang menyanyi cuma 10 minit, Kenny akui puas dan gembira dengan penglibatannya dalam konsert yang turut dijayakan oleh Koir Kebangsaan itu.

“Saya rasa sangat gembira apabila berpeluang membuat persembahan dalam Konsert Dir…

“Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kakak Sudirman, Datin Rodziah dan anak saudara Sudirman, Atai kerana sudi menyaksikan konsert ini.

“Saya gembira apabila melihat mereka gembira,” katanya selepas konsert berakhir.

Penguasaan bahasa Melayunya begitu baik memandangkan dia membesar di kawasan Melayu. Dia juga akui telah lama meminati lagu-lagu Melayu dan mula menyanyikan lagu-lagu Sudirman sejak tahun 80-an.

Sebelum ini, dia lebih banyak menerima undangan nyanyian di negeri kelahirannya, Melaka. Mungkin ramai yang mengandaikan anak jati Ayer Keroh itu cuba meniru gaya dan suara Sudirman.

Namun juara pertandingan Bakat Nyanyian Bintang RTM Selatan pada tahun 1988 itu menganggap semua itu berkat anugerah Tuhan.

“Memang suara saya seperti itu. Bakat itu datang secara semulajadi dan anugerah Tuhan. Saya sangat meminati Sudirman dan menghafal semua lagu-lagunya,” katanya sambil tersenyum.

Meskipun sering menyanyi lagu-lagu Sudirman, sepanjang tempoh bergelar anak seni Kenny tidak pernah bertemu dengan penyanyi yang pernah menerima anugerah Penghibur No.1 Asia di London itu.

Suami kepada Mae Ng, 40, dan ayah kepada Weng Jie, 20, Weng Me, 16, dan Chen Joo, 11, laris untuk menjayakan persembahan pentas.

Malah seperti Sudirman, Kenny juga kerap dipanggil menjayakan persembahan menyambut kemerdekaan pada setiap tahun termasuklah Konsert Dari Suara Hati Sudirman pada tahun 2007.

Yang paling tidak dilupakan, dia berpeluang berjumpa dengan keluarga Sudirman selepas menjayakan Konsert Dari Suara Hati Sudirman.

“Walaupun saya tidak sempat berjumpa dengan Sudirman, tetapi sekurang-kurangnya saya telah berjumpa dengan keluarganya. Mereka meraikan saya dalam sebuah jamuan di Taman Tun Dr Ismail selang sebulan selepas Konsert Dari Suara Hati Sudirman,” tuturnya.

Kenny pernah muncul sebagai johan mingguan untuk pertandingan Juara-Juara bersama kumpulan Muhibbah Madu Lebah.

Dari pertandingan tersebut, Kenny berpeluang muncul dalam program Konsert Emas RTM. Malah penampilannya yang berpakaian, fesyen rambut, berkaca mata dan persembahan seperti Sudirman itu menarik perhatian penerbit Hang Mokhtar menawarnya merakam album.

Album pertama Kenny yang berjudul Anak Desa Melaka turut memuatkan empat lagu dendangan Sudirman iaitu Merisik Khabar, Anak Gembala, Basikal Tua dan Milik Siapakah Gadis Ini serta lagu baru Joget Melaka.

Artikel Lain