suria

Finalis Mentor Wajib Nyanyi Tiga Lagu

Dari kiri Adi Hamiz Johar (Adi), Nurhadzwani Salleh (Nani), serta Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd)
 Dari kiri Adi Hamiz Johar (Adi), Nurhadzwani Salleh (Nani), serta Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd)
Dari kiri Adi Hamiz Johar (Adi), Nurhadzwani Salleh (Nani), serta Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd)

TIGA finalis Mentor musim keempat akan menyanyikan tiga buah lagu pada acara kemuncak yang akan berlangsung di Auditorium MBSA, Ahad ini.

Penerbit Eksekutif yang juga rancangan itu, Mohd Sufian Isa berkata, kesemua peserta akan menyanyikan dua buah lagu solo serta sebuah lagu duet bersama artis undangan masing.

Pserta yang layak ke final kali ini ialah Adi Hamiz Johar (Adi), Nurhadzwani Salleh (Nani) dan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd).

"Kami berharap mereka membuat latihan yang secukupnya di samping persembahan yang terbaik untuk konsert final nanti," kata Mohd. Sufian pada sidang akhbar setelah selesai pertandingan separuh akhir Mentor 4 pusingan kedua, malam Ahad lalu. Mohd. Sufian memberitahu, lagu-lagu telah ditetapkan untuk dinyanyikan oleh setiap peserta pada malam kemuncak nanti.

"Adi diberikan lagu yang dihasilkan oleh Omar K, Mohd. mendapat lagu ciptaan Wandi manakala Nani pula akan menyanyikan lagu ciptaan mentornya sendiri iaitu Azmeer," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain