suria

Komedi 'Belalang Epik Anakanda Nujum Diraja'

PERSEMBAHAN komedi atau sketsa ini berkonsepkan pengembaraan yang dilakukan oleh watak utama kanak-kanak bernama Belalang.

Belalang akan berdepan dengan pelbagai watak-watak tradisional dari pelbagai peristiwa-peristiwa pelik, lucu, sedih dan menggerunkan.

Watak Belalang akan terlibat secara langsung dalam siri kejadian yang akan mematangkan dirinya di samping memberi manfaat baru kepada lain-lain watak lain yang berdepan dengan masalah semasa.

Kesudahan cerita akan memberikan keputusan yang berbeza daripada kebanyakan jalan cerita yang kebanyakannya tertulis di dalam hikayat mahupun cerita-cerita rakyat yang telah lama dipercayai sejak turun-temurun.

Secara umumnya, watak Belalang akan dilihat sebagai wira baru di dalam percaturan watak-watak tradisi.

Dari segi barisan pelakon, Mohd Hadziq Mohd Hazem akan memegang watak Belalang, Mohd Sobri Anuar Tarmiz (Pak Belalang/Nujum DiRaja), Arry Putra (Raja), Ruminah Sidek @ Mak Mah (Nenek Si Bongkok Tiga), Zami Ismail (Sang Petapa), Bob Kuman (Badang), Rosdeen Suboh (Raja Botak) dan Opie Zami (Tok Panglima).

Lokasi rakaman adalah di Hulu Langat dan Banting, Selangor.

Komedi kegemaran ramai ini disiarkan setiap Ahad, pada pukul 10.30 pagi mulai 23 Mei lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain