suria

Syahrini Tidak Tumpang Populariti

Syahrini tidak mahu terus menerus diperbandingkan dengan KD. Foto THE STAR Oleh BRAIN MOH
Syahrini tidak mahu terus menerus diperbandingkan dengan KD. Foto THE STAR Oleh BRAIN MOH
Syahrini tidak mahu terus menerus diperbandingkan dengan KD. Foto THE STAR Oleh BRAIN MOH

TIDAK mahu diperbandingkan antara dirinya dengan diva Indonesia, Krisdayanti (KD), Syahrini percaya bahawa dirinya mempunyai kualiti tersendiri yang mampu menarik perhatian Anang untuk berduet bersamanya.

Dia yakin pemilihan Anang adalah berdasarkan kualiti vokal semulajadi yang dimiliki olehnya.

"Saya tidak takut dibandingkan dengan KD, sebab saya cukup percaya bahawa saya mempunyai kualiti tersendiri sebagai artis. Saya bukan artis baru, sebelum ini saya sudah mempunyai album.

"Apa yang saya jalani sekarang adalah berkenaan dengan nyanyian dan kerjaya saya, Saya juga tidak menumpang populariti daripada kontroversi rumahtangga mereka. Itu tidak benar sama sekali. Jadi saya tidak takut berada dijalan yang benar," ujarnya.

Gadis berusia 27 tahun ini juga sudah sedia melalui segala kemungkinan kerana dia sedar bukan mudah untuk muncul dalam hidup lelaki yang penuh kontroversi ini.

"Sebelum saya menerima lamaran Anang untuk berduet dengannya, saya sudah fikirkan kemungkinan yang bakal saya hadapi, tempias kontroversi dan risikonya.

"Jika ia lebih banyak membawa kebaikan dan positif untuk mengangkat karya saya kehadapan, maka saya teruskan. Namun bagi berita-berita yang tidak baik saya tolak ketepi sahaja," Jelasnya pada sidang media perlancaran album terbaru Anang berjudul Jangan Memilih Aku di Hard Rock Kuala Lumpur.

Ketika ditanya pandangannya tentang Anang, Syarini memberitahu mereka hanya sekadar rakan duet dan tidak lebih dari itu. Namun jika sudah jodohnya dengan duda tersebut dia tidak menolaknya.

"Anang seorang yang sangat luar biasa, saya bertuah dipilih menjadi rakan duetnya. Tapi jika berbicara tentang soal jodoh dengannya hanya Allah yang lebih mengetahuinya," jelasnya sambil menjeling ke arah Anang.

Album mini Anang yang memuatkan dua buah lagu duet berjudul Jangan Memilih Aku dan Cinta Terakhir telah dikeluarkan oleh Tropic Jaya Entertainment Sdn Bhd dan diedarkan secara eksklusif oleh PMP Entertainment (M) Sdn Bhd mulai kelmarin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain