suria

'Kites' Kutip Lebih Rs.21 Kror Pada Hari Pertama

FILEM lakonan Hrithik Roshan-Barbara Mori, Kites berjaya mengutip lebih Rs.21 kror pada hari pertamanya dan menjadi filem kedua mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama selepas 3 Idiots.

Menurut pengedar filem tersebut kelmarin, Kites ditayangkan di 2,000 pawagam di India dan merentasi 500 pawagam luar negara bermula Jumaat lalu.

Filem yang diedarkan oleh Reliance BIG Pictures itu mengisahkan tentang percintaan antara lelaki India dan perempuan Spanish. Filem arahan Anurag Basu itu diterbitkan oleh bapa Hrithik, Rakesh Roshan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain