suria

Malam Adrenalin Faizal Tahir

Audi Mok, Faizal Tahir dan Ahmad Izham Omar menang besar di malam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 di PWTC semalam. - Foto oleh AZMAN GHANI
Audi Mok, Faizal Tahir dan Ahmad Izham Omar menang besar di malam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 di PWTC semalam. - Foto oleh AZMAN GHANI
Audi Mok, Faizal Tahir dan Ahmad Izham Omar menang besar di malam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 di PWTC semalam. - Foto oleh AZMAN GHANI

KUALA LUMPUR: Album Adrenalin daripada Faizal Tahir berjaya memenangi Anugerah Album Terbaik dan Album Rock terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Album yang mendapat sentuhan beberapa komposer terkenal antaranya Audi Mok, Faizal Tahir dan Ahmad Izham Omar ini sekali gus menutup kontroversi tentang kelayakannya menyertai anugerah berprestij ini.

“Saya terkejut dan sangat tidak menjangka akan memanangi anugerah ini. Malah saya menjangkakan Hujan akan memenanginya. Namun begitu saya bersyukur dan berterima kasih dengan orang di sekeliling saya yang banyak membantu.

“Adrenalin adalah hasil usaha dan kerja keras orang di sekeliling saya terutamanya orang-orang kuat di sebalik album ini, media, keluarga, dan peminat. Saya anggap kami sebagai sebuah keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut mengulas kontroversi berhubung pertikaian mengenai kelayakan album tersebut dipertandingkan.

“Album tersebut telah melepasi syarat kelayakkan untuk menyertai AIM 17 dan tidak sepatutnya dijadikan isu. Ia diterbitkan dalam bentuk fizikal dan telah terlebih dahulu dijual secara digital.

"Memang sepatutnya Adrenalin dikeluarkan pada tahun lepas tetapi kerana masalah kesihatan saya yang tidak mengizinkan, ia terpaksa dipasarkan tahun ini.

"Banyak dugaan yang saya terpaksa tempuhi bagi menghasilkan Adrenalin termasuklah masalah kesihatan. Bagaimanapun, Alhamdulillah semuanya dilalui dengan tabah sehingga berjaya meraih kejayaan pada malam ini. Ia adalah tuah saya tahun ini," kata Faizal yang ditemui pada sidang media selepas selesai AIM 17.

Adrenalin mengetepikan Allahu Rabbi (InTeam), Dayang Live (Dayang Nurfaizah) dan K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique) melalui ketogori Album Terbaik. Manakala melalui Album Rock Terbaik ia turut menewaskan album Rasa (Flop Poppy), Mencari Konklusi (Hujan), Prolog 2009 (Maximus) dan Rasopariso (XPDC).

Malam yang menyaksikan 24 pemenang bagi setiap kategori turut menobatkan penyanyi baru Yuna dalam kategori Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik selain merangkul gelaran Artis Baru Terbaik dengan menewaskan Azlan & The Typewriter, Bunkface, Prema Yin dan Tomok.

Bagi kategori Anugerah Kembara, ia diberikan kepada kumpulan indie Bunkface kerana kejayaan mereka membawa muzik negara ke peringkat antarabangsa. Manakala Anugerah Wirama diterima oleh Adnan Abu Hassan kerana sumbangannys selama 35 tahun dalam industri muzik.

Pelbagai persembahan menarik ditampilkan yang turut menyaksikan kemunculan penyanyi lagu Kantoi, Zee Avi, penyanyi tempatan yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Acara yang bermula tepat pukul 8 malam itu dihoskan oleh Afdlin Shauki & Adibah Nor. Manakala persembahan istimewa daripada Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Krisdayanti, Faizal Tahir, Ayu, Shila, Yuna, Riz, Aizat, Alif Satar, Altimet, Dafi, DJ Fuzz, Iqwal, Jaclyn Victor, Mila dan Point Blanc.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain