suria

Saif ialah lelaki idaman saya - Kareena Kapoor

Saif Ali Khan (kiri) dan Katrina Kaif hadir ke sidang akhbar Pearl’s Wave (Women against Violence) di Mumbai pada 6 Februari 2010. - Foto AFP

SELEPAS berpisah dengan Shahid Kapoor, Kareena Kapoor kini berpacaran dengan Saif Ali Khan.

Dia yakin Saif ialah lelaki idamannya yang dicari-cari dan ingin hidup bersamanya sepanjang hayat.

"Seseorang itu berasa selesa dengan pasangannya dalam sesuatu perhubungan. Bagaimanapun kali ini agak berbeza kerana saya ingin hidup bersamanya sepanjang hayat saya," Kareena memberitahu Karan Johar, rakan serta pengarah filem 'Lift Kara De'.

Dalam filem itu, Kareena berkongsi dengan para penonton tentang kehidupannya.

Aktres itu juga akan tampil dalam filem 'Milenge Milenge', 'Ra.One' dan 'Stepmom'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ameng Direman Tiga Hari

Artikel Lain