suria

2 Alam Filem Terbaik Selepas 40 Tahun - Dr Rozmey

Dr Rozmey yakin 2 Alam mampu meriah keuntungan seperti yang dijangkakan
Dr Rozmey yakin 2 Alam mampu meriah keuntungan seperti yang dijangkakan
Dr Rozmey yakin 2 Alam mampu meriah keuntungan seperti yang dijangkakan

LEBIH kurang dua bulan lagi filem 2 Alam akan memasuki panggung dan menemui penonton di seluruh negara.

Filem bergenre seram dan penuh dengan unsur keinsafan ini amat dinanti-nantikan bukan sahaja kerana kontroversi yang pernah menjengah pengarah filem Hairee Othman tetapi juga kerana mesej agama penuh keinsafan yang tersirat.

Malah penerbitnya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) di bawah label dR Movie Production, sedang giat mempelbagaikan strategi untuk memberi promosi maksimum bagi mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan iaitu sebanyak RM12 juta.

Walaupun, dR Movie Production adalah produksi yang baru tetapi tidak mustahil ia mampu mencapai kejayaan seperti lain-lain produksi yang sudah berjaya.

“Perjalanan cerita ini sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat.Garapannya menarik dan hasil sentuhan krew produksi mampu mengangkat filem ini sebagai filem terbaik selepas 40 tahun,” kata Dr Rozmey penuh yakin.

Siri jelajah dalam bentuk roadshow bagi promosi besar-besar bagi filem 2 Alam sedang dirancang dengan terperinci. Tujuan ialah untuk mendekati masyarakat agar memberi sokongan kepada filem ini.

Antaranya ialah, Dr Rozmey akan terlibat menjayakan Konsert Mega Ramli Sarip di Johor Bahru pada bulan Mei ini. Kebetulan pula, konsert berkenaan turut menyelitkan lagu tema daripada filem 2 Alam.

Filem 2 Alam yang bakal ditayangkan pada 8 Mei ini akan memaparkan kisah 7 dosa yang telah dilakukan oleh Amy, lakonan Suhaillah Salam.

Kata Dr Rozmey lagi, 2 Alam turut menerapkan kisah mengenai wanita yang bergelar ibu. Kasih sayang seorang ibu dikatakan sungguh bernilai sekali. "Wanita bagi doktor sungguh istimewa. Kalau tak ada wanita, mana mungkin lahirnya doktor.

"Filem ini mengajak penonton untuk mengambil iktibar dan pengajaran yang dipaparkan iaitu nilai murni seorang ibu yang memelihara anak sejak dari kandungan untuk menjadi anak yang berguna," kata penerbit yang berhemah ini. Filem 2 Alam menampilkan Rosnah Johari yang melakonkan watak ibu kepada Amy yang dikatakan terkilan dengan perbuatan anaknya sehingga menghadapi kesukaran untuk meninggal dunia. Filem 2 Alam akan mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mei.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain