suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizan Nin Nikah 19 Mac Ini

SEKIAN lama menanti, pelakon kacak Zizan Nin mengumumkan bakal bernikah dengan Fazilah Hani Harun pada 19 Mac ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Zizan bagaimanapun enggan mengiyakan khabarnya wanita itu berkhidmat sebagai wartawan penyiaran ntv7 itu.

Cukuplah dia mengatakan telah mengenali hati budi wanita bertudung yang cantik jelita itu sejak dua tahun lalu setelah bertemu dalam sebuah majlis di ibu kota.

“Kami mengambil keputusan untuk bernikah setelah bertunang selama tiga bulan. Saya menganggap dia jodoh terbaik buat saya selain bersikap sederhana dan memahami saya.

“Yang penting kedua-dua keluarga merestui hubungan kami,” beritahunya kepada mStar Online.

Sebelum itu, Zizan telah melayangkan kad jemputan perkahwinannya ketika ditemui dalam majlis pelancaran akhbar Mingguan mStar semalam.

Menurutnya, hanya sebuah resepsi persandingan yang akan dibuat di sebelah pihak perempuan pada 20 Mac ini di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur.

"Kita buat sebuah resepsi sahaja atas faktor masa dan tempat yang strategik. Jadi, saya tidak akan membuat kenduri di kampung saya di Sungai Besar, Selangor," jelasnya.

Zizan yang mengimpikan resepsi berkonsepkan dalam taman berkata majlis itu akan berlangsung secara sederhana tanpa tajaan mana-mana pihak.

Ditanya tentang hantaran, bekas model iklan Ponds itu enggan mengumumkan jumlah wang hantaran yang bakal diberikan kepada Fazilah.

“Saya tak nak umumkan wang hantaran. Cukuplah saya katakan yang saya akan berikan hantaran sebanyak tujuh dulang dan dibalas dengan sembilan dulang seperti cincin, sejadah dan al-Quran,” katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anang Dedah 'Pasangan' Barunya

Artikel Lain