suria

"Mutu Lakonan Adalah Maruah Saya" - Adi Putra

Adi Putra mahu lakonannya samapai ke tahap tertinggi -Foto The Star Oleh NORAFIFI EHSAN
 Adi Putra mahu lakonannya samapai ke tahap tertinggi -Foto The Star Oleh NORAFIFI EHSAN
Adi Putra mahu lakonannya samapai ke tahap tertinggi -Foto The Star Oleh NORAFIFI EHSAN

BAKAT lakonannya memang sudah terserlah, wajahnya juga tidak pernah lekang menghiasi skrin tv melalui drama-drama tempatan.

Pemilik nama Adi Putra kini ligat mengambil segala peluang yang ada waima drama, filem dan pemantasan teater.

Pelbagai watak yang diberikan kepada jejaka berusia 29 ini tidak pernah gagal untuk direlisasikannya dengan baik. Menurut Adi, dia bukan hanya mengambil semua tawaran yang datang secara 'membabi buta' tetapi turut mengambil kira kekuatan skrip dan watak yang diberikan.

"Setiap tawaran yang datang saya akan nilai dari segi kekuatan jalan cerita, selepas itu watak yang bakal saya bawakan, jika ia bersesuaian saya akan terima.

"Kalau boleh watak tersebut memberi impak walaupun bukan watak utama dalam cerita tersebut," jelas Adi.

Menurut Adi, dia juga tidak pernah memikirkan bayaran yang tinggi, baginya bayaran hanya soal ketiga selepas mengambil kira aspek-aspek cerita namun perlulah setimpal.

"Berlakon adalah rezeki saya dan untuk lama dalam bidang ini saya juga perlu memilih. Namun pemilihan saya bertujuan menjadikan cerita tersebut lebih kuat.

"Bagi seorang pelakon bayaran memang antara yang diambil kira namun biarlah setimpal dengan lakonan kita," ujar Adi yang turut terlibat dalam penggambaran filem Hanyut arahan pengarah terkenal U-Wei.

Selain itu Adi turut mengakui lakonan adalah maruahnya, sesebuah lakonan di drama, filem atau teater mampu memperlihatkan kredibiliti seorang pelakon.

"Setiap lakonan saya adalah maruah bagi saya, jadi saya perlu menunjukkan lakonan yang betul-betul bermutu yang boleh dibanggakan.

"Saya ingin dikenali dan disegani sebagai seorang pelakon dan mampu mencapai ke peringkat yang paling tinggi," ujarnya. Dalam pada itu, pelakon Akukah Tanggang ini juga mahu namanya menjadi sebahagian daripada kejayaan sebuah filem. Adi yang ditemui pada sidang media filem Hanyut ini yakin filem tersebut mampu membawanya ke satu tahap lakonan yang boleh dibanggakan.

"Filem ini akan dibawa ke Festival Filem Cannes seperti filem-filem U-Wei yang lain, jadi saya mahu lakonan dan nama saya menjadi sebahagian daripada kejayaan filem itu," ujar Adi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain