suria

Mandi Sampat Kelainan Resepsi Kahwin Anak Raja Azmi

Mohd Shadan Hashim setelah dinikahkan dengan Puteri Suraya Mohd Jalani di rumahnya di Ukay Perdana, Kuala Lumpur pada petang tadi. - Foto ihsan FARIZA SAIDIN
Mohd Shadan Hashim setelah dinikahkan dengan Puteri Suraya Mohd Jalani di rumahnya di Ukay Perdana, Kuala Lumpur pada petang tadi. - Foto ihsan FARIZA SAIDIN
Mohd Shadan Hashim setelah dinikahkan dengan Puteri Suraya Mohd Jalani di rumahnya di Ukay Perdana, Kuala Lumpur pada petang tadi. - Foto ihsan FARIZA SAIDIN

PENERBIT filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman telah sah bergelar ibu mertua kepada pengarah filem Mohd Shadan Hashim setelah dinikahkan dengan anaknya, Puteri Suraya Mohd Jalani di rumahnya di Ukay Perdana, Kuala Lumpur pada petang tadi.

Dengan sekali lafaz, Shadan, 35, dan Suraya, 25, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, bekas jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dengan mas kahwin RM300.

Suraya turut menerima wang hantaran sebanyak RM35,000 (bersempena angka umur Shadan) termasuk enam dulang hantaran dalam majlis yang berlangsung mengikut tema Jawa itu.

Sementara anak sulung produser filem ... Dalam Botol itu membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Selepas majlis pernikahan itu, kedua mempelai diraikan dalam satu upacara mandi sampat dengan kombinasi istiadat orang Perak dan Jawa dari segi penampilan pengantin.

Upacara berkenaan dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Pasangan itu dimandikan dengan tujuh jenis bunga yang dicampur bersama air zam-zam di atas ‘persada’ tujuh tingkat. Selepas itu, mereka menabur duit syiling 50 sen berjumlah RM2,000 kepada orang ramai.

Malam esok (21 Februari), Suraya dan Shadan akan melangsungkan sebuah lagi majlis resepsi gaya Inggeris dengan warna tema putih di rumah pengantin perempuan.

Semalam (19 Februari), majlis khatam al-Quran, berzanji dan berinai kecil telah dilangsungkan mengikut adat Melayu di rumah itu.

Konsep ketiga-tiga majlis resepsi itu telah diilhamkan oleh Raja Azmi sendiri termasuk kos perkahwinan yang dibiayai pihak pengantin perempuan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Khabarnya, kos bunga-bunga segar yang digunakan sepanjang tiga resepsi itu telah memakan belanja sebanyak RM24,000.

Shadan dan Suraya bertunang pada September 2009 selepas bercinta pada awal tahun lalu. Mereka saling mengenali sejak 13 tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain