suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ashton Kutcher Benci Hari 'Valentine'

ASHTON Kutcher mengaku bahawa dia membenci sambutan Valentine. Suami Demi Moore ini memberitahu bahawa dia tidak pernah menyukai hari paling romantis sepanjang tahun itu sejak ditolak kekasih ketika dibangku sekolah.

"Saya benci hari Valentine. Dulu ada seorang gadis duduk di hadapan saya yang berambut panjang dan cantik. Saya benar-benar suka padanya," kata aktor ini.

Dia mengaku telah memberi gadis ini kad Valentine secara langsung, dengan tulisan 'Kiss Me.'

"Tragedinya dia tidak mengerti maksudnya dan saya tidak pernah mendapat ciuman darinya." jelasnya.

Tapi Kutcher, yang juga berlakon dalam filem baru Valentine's Day, tidak membenci perasaan kasih sayang yang ditunjukan pada hari perayaan hari kasih sayang setiap 14 Februari itu.

"Saya kira setiap hari seharusnya jadi hari paling romantik," ujar Kutcher.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain