BEYONCE, yang dicalonkan di dalam 10 kategori pada Anugerah Grammy ke-52 di Los Angeles semalam, membawa pulang enam trofi termasuk Lagu R&B terbaik menerusi hitnya, Single Ladies (Put a Ring On It).
Beyonce juga memenangi Album R&B Terbaik untuk I Am ... Sasha Fierce, Vokal R&B Terbaik Wanita (Single Ladies) dan Lagu R&B Tradisional Terbaik untuk At Last, dari filem, Cadillac Records.
Dengan kemenangan ini, Beyonce mendahului malam Grammys dengan merangkul trofi bagi dua kategori yang cukup penting bagi karier seorang artis iaitu kategori Lagu Terbaik dan Album Tahun ini
Namun, Beyonce tidak sempat mengambil semua trofi tersebut kerana sibuk menyiapkan dirinya untuk penampilan dramatiknya,If I Were A Boy, salah satu lagu hitnya.
Menghampiri kejayaan Beyonce adalah Black Eyed Peas dengan tiga anugerah termasuk Vokal Pop Album Terbaik.
Lain-lain pemenang yang diiktiraf pada malam anugerah Grammy adalah Taylor Swift, yang mendapat pencalonan kedua terbanyak dalam lapan kategori.
"Ini adalah pencalonan pertama saya di dalam anugerah dan saya sangat teruja," jelas Swift sambil memegang trofi pertamanya untuk anugerah Vokal Wanita Country Terbaik bagi White Horse.
Swift juga memenangi Lagu Country Terbaik untuk White Horse bersama komposer Liz Rose.
Penyanyi yang selalu mencetuskan kontroversi, Lady Gaga juga meraikan dua kejayaan malam tadi bersama Leon, Jay-Z, Eminem, dan Maxwell.
Maxwell, yang dicalonkan dalam enam kategori, menang Grammy pertamanya — Vokal Lelaki R&B Terbaik menerusi Pretty Wings dan Album R&B Terbaik bagi Blacksummers' night.
Ini merupakan 'comeback' album Maxwell setelah menghilang diri selama lapan tahun dari dunia muzik.
"Saya terharu kerana ini merupakan album kemenangan pertama saya di anugerah Grammy. Ia amat bermakna bagi saya," kata Maxwell setelah menerima trofi bagi lagu Pretty Wings.
Lain-lain pemenang Anugerah Grammy ke-52:
Album Country Terbaik - Taylor Swift, Fearless
Pencapaian Seumur Hidup - Leonard Cohen
Artis Baru Terbaik - Zac Brown Band
Album komedi Terbaik - Stephen Colbert, A Colbert Christmas: The Greatest Gift Of All!
Rakaman Terbaik - Use Somebody, Kings of Leon
Album Rock Terbaik - 21st Century Breakdown, Green Day
Lagu Terbaik - Single Ladies (Put a Ring on It), Beyoncé
Persembahan Vokal Pop Duo atau Kumpulan Terbaik - The Black Eyed Peas, I Gotta Feeling
Vokal Pop Album Terbaik - The E.N.D., The Black Eyed Peas
Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik - Jason Mraz, Make It Mine
Persembahan Vokal R&B Wanita Terbaik - Beyoncé, Single Ladies (Put a Ring on It)
Persembahan Vokal R&B Lelaki Terbaik - Maxwell, Pretty Wings
Persembahan Vokal R&B Duo atau Kumpulan Terbaik - Jamie Foxx and T-Pain, Blame It
Persembahan Vokal R&B Tradisional Terbaik - Beyoncé, At Last
Lagu R&B Terbaik - Single Ladies (Put a Ring on It), Beyoncé
Album R&B Terbaik - Blacksummers' Night, Maxwell
Album R&B Kontemporari Terbaik - I Am...Sasha Fierce, Beyoncé
Persembahan Rap Duo atau Kumpulan Terbaik - Crack a Bottle, Eminem, Dr. Dre and 50 Cent
Lagu Rap Terbaik - Run This Town, Jay-Z, Rihanna and Kanye West
Album Rap Terbaik - Relapse, Eminem
Persembahan solo Rap Terbaik - Jay-Z, D.O.A. (Death of Auto-Tune)
Persembahan Vokal Rock Solo Terbaik - Bruce Springsteen, Working on a Dream
Persembahan Vokal Rock Duo atau Kumpulan Terbaik - Kings of Leon, Use Somebody
Lagu Rock Terbaik - Use Somebody, Kings of Leon
Album Vokal Pop Tradisional Terbaik - Michael Bublé Meets Madison Square Garden, Michael Bublé
Kolaborasi Vokal Pop Terbaik - Jason Mraz and Colbie Caillat, Lucky
Rakaman Tarian Terbaik - Poker Face, Lady Gaga
Album Tarian/ Elektronik Terbaik - The Fame, Lady Gaga
Album Kompilasi Runut Bunyi Bagi Filem, Televisyen atau Media Visual Terbaik - Slumdog Millionaire


