suria

Lydiawati Dibenar Fail Notis Tunjuk Sebab Terhadap Bekas Suami

Lydiawati hadir ditemani anaknya Siti Nor Anisa di mahkamah hari ini.
Lydiawati hadir ditemani anaknya Siti Nor Anisa di mahkamah hari ini.
Lydiawati hadir ditemani anaknya Siti Nor Anisa di mahkamah hari ini.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini membenarkan permohonan pelakon Lydiawati untuk memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bekas suaminya yang didakwa gagal membayar tuntutan berjumlah RM103,000 kepadanya.

Hakim Syarie, Abu Zaky Mohamad membenarkan notis tunjuk sebab yang difailkan Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 44, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah pada 15 Disember lalu dengan menamakan Azhar Mohd Zan, 35, selaku responden.

Peguam Syarie, Nor Azmi Mohd Arif berkata, hakim membenar notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada responden, mengapa dia tidak patut berhadapan tindakan menghina mahkamah selepas didakwa mengingkari perintah Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat.

"Hari ini adalah sebutan untuk membenarkan notis tunjuk sebab difailkan kepada pihak defenden pada minggu lepas dan hakim sudah benarkan, prosiding akan diteruskan semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat," katanya.

Perintah mahkamah rendah dikeluarkan 5 Mei lalu, iaitu selepas Azhar melafazkan talak satu terhadap Lydiawati, di hadapan Hakim Syarie, Mohamad Fauzi Ismail.

Ketika itu, perintah dikeluarkan atas persetujuan bersama supaya Azhar memulangkan barangan perkahwinan atau nilainya berjumlah RM67,000, membayar nafkah idah dan muta’ah (RM30,000) dan tunggakan nafkah berjumlah RM6,000.

Lydiawati dan Azhar berkahwin pada 6 Jun 2008, tetapi tidak dikurniakan anak.

Berdasarkan afidavit permohonan, Lydiawati mendakwa perbuatan responden tidak mematuhi perintah itu wajar diambil tindakan kerana menghina mahkamah berdasarkan Seksyen 229 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor 2003.

Artikel Sebelum

Artikel Lain