suria

Tiger Woods Berlibur Di Bahamas, Isteri Dan Anak-anak Balik Sweden

PEMAIN golf antarabangsa Tiger Woods dilaporkan berlayar ke Kepulauan Bahamas, berlibur untuk menghindari gosip skandal seksnya.

Sementara isterinya, Elin disebutkan akan kembali ke Sweden, merayakan Hari Raya Natal bersama keluarganya.

Woods naik kapal mewahnya dari Palm Beach ke Kepulauan Bahamas, kata Majalah People memetik seorang teman yang tak mau disebut identitinya.

Teman Woods itu berkata, pemain golf itu sedang menghadapi masa-masa yang suram dan tidak menggembirakannya.

"Dia merasa hancur atas segala kehilangan yang dia alami," ungkap majalah itu mengutip sumber-sumber yang berkata Woods melalui masa-masa suram kini.

"Hari Natal ini akan dirayakan Woods sendirian," tambah sumber itu lagi.

Majalah People juga melaporkan bahawa destinasi Bahamas adalah tujuan yang dirahasiakan.

Woods mengakui telah membohongi isterinya Elin, dan telah berlaku curang dengan 14 perempuan.

Setelah kisah curang Woods terbongkar, para sponsor menarik diri dari Woods dan ramai pelawak antarbangsa menggunakan isu curang Woods sebagai bahan lawak mereka.

Karier jaguh golf dunia itu semakin tidak menentu sebaik gosip tentang kehidupan peribadinya tersebar di seluruh pelusuk dunia.

Khabarnya, Elin Woods, bekas model Sweden yang menikah dengan Woods pada tahun 2004, akan membawa dua anaknya kembali ke Sweden.

Website selebriti TMZ juga melaporkan, Elin tidak tergesa-gesa minta cerai tetapi mengatakan dia sangat terkesan dengan khabar kecurangan yang dilakukan suaminya seperti dilaporkan media.

Elin dilaporkan sangat sedih dengan khabar tentang hubungan yang dijalin Woods dengan seorang perempuan selama tiga tahun, juga perkhabaran yang menyebut suaminya berhubungan dengan perempuan lain, semasa dirinya dalam keadaan hamil.

Majalah People turut memetik ibu Tiger Woods, Kultida Woods, yang berketurunan Thailand, merasa, "sangat terluka, marah, dan tidak dapat menerima kelakuan anak lelakinya," kata sumber yang dekat dengan keluarga Woods.

"Kutilda ingin tahu bagaimana Tiger melakukan itu semua kepada keluarganya Dia menyayangi Tiger dan akan memberi semangat kepada Woods melalui berbagai cara apapun.

"Namun dia memerlukan waktu untuk melakukan itu kerana keadaan sekarang membuat hatinya hancur. Dia menyukai Elin, menyayangi cucu-cucunya. Dia tidak ingin melihat mereka terluka," seperti yang dilaporkan Majalah People.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain