suria

Hafiz Tak Mahu Timbul Masalah Dengan Wartawan

Hafiz tidak mahu lagi timbul masalah dengan wartawan
Hafiz tidak mahu lagi timbul masalah dengan wartawan
Hafiz tidak mahu lagi timbul masalah dengan wartawan

DEBARAN Anugerah Juara Lagu 24 (AJL) semakin terasa, ramai yang sudah tidak sabar menunggu untuk mengetahui lagu manakah yang akan bergelar Juara Lagu.

Bagi pendatang baru, Juara Akedemi Fantasia musim ke-7, Mohd Hafiz Mohd Suip atau lebih senang dipanggil Hafiz ini, dia menjanjikan persembahan yang agak berlainan daripada persembahannya sebelum ini.

"Semuanya masih belum siap sepenuhnya, masih ada yang perlu ditambah dan diperbaiki. Mungkin saya akan tampil dengan persembahan Orkestra pada malam tersebut tapi ia masih dalam perancangan.

"Dari segi susunan muzik dan persembahan pentas masih lagi sedang berlatih. Apa yang pasti persembahan saya berlainan dengan rakan AF saya, Akim," ujarnya yang mahu lari dari persembahan pada malam final Akedemi Fantasia musim ke-7 lalu.

Saat ditanya tentang sikapnya yang acapkali dikatakan menimbulkan masalah kepada para wartawan, Hafiz berkata perkara itu berlaku tanpa disengajakan.

Tidak lama dulu, Hafiz dikatakan sukar untuk dihubungi dan tidak melayan SMS sehinggakan memberi masalah kepada orang lain.

"Saya manusia biasa, kadang-kala saya terlupa. Sesuatu perkara itu berlaku tanpa sengaja.

"Bukan niat saya untuk berbuat begitu, saya tertinggal telefon di rumah kerana ingin cepat bukan kerana saya sengaja.

"Wartawan adalah orang penting bagi saya, saya tidak mahu ada masalah dengan wartawan," ujar jejaka kelahiran Serawak ini.

Hafiz yang mengakui agak kesal dengan perkhabaran yang mengatakan dia sudah mula ‘tunjuk perangai’ menganggap perkara ini sebagai pengajaran baginya dalam mengharungi dunia hiburan yang semakin mencabar.

"Saya sudah pun minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini," ujar Hafiz.

Dalam perkembangan lain pula, Hafiz kini sibuk membuat persiapan sebuah program realiti yang bakal diterbitkan oleh Enfiniti Productions Sdn Bhd (Enfiniti) milik Datin Seri Tiara Jacquelina.

Katanya, program tersebut turut dibintangi oleh artis AF lain seperti Akim dan Aril.

Artikel Berikut

Artikel Lain