suria

Suami Tidak Berselera Makan Masakan Nicole Kidman

NICOLE Kidman dikatakan telah membiarkan suaminya, Keith Urban kelaparan kerana penyanyi itu tidak gemar dengan masakan 'sihat' yang disediakan oleh aktres tersebut.

Urban dilaporkan sering dibiar lapar kerana penyanyi itu tidak berminat dengan masakan Kidman yang lebih ke arah pemakanan sihat dan diet. Urban dikatakan lebih suka pergi ke restoran makanan segera daripada menikmati makanan yang disediakan oleh isterinya itu.

"Nicole masak tanpa gula, garam, mentega atau minyak," kata sumber.

Penyanyi berusia 42 tahun yang telah berkahwin dengan Kidman pada tahun 2006 ini juga dipaksa oleh isterinya itu melakukan senaman.

Artikel Berikut

Artikel Lain