suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akibat Sikap Suka Mengarah, Uma Thurman Putuskan Pertunangan

UMA Thurman dikatakan sudah memutuskan pertunangan dengan ahli perniagaan Arpad Busson.

Aktres popular itu dilaporkan berpisah dengan lelaki kelahiran Perancis itu kerana tidak tahan dengan sikap Busson yang ingin mengawal perjalanan hidupnya.

"Nampak seolah-olah dia (Arpad) yang ingin buat semuanya. Dia ingin bawa tukang masak dan pengawal keselamatan sendiri. Dia asyik bercakap untuk merekacipta semula rumah Uma dan merobohkan bangunan di kawasan itu," kata seorang rakan kepada Thurman.

Hubungan pasangan itu bertambah keruh apabila lelaki berusia 47 tahun itu bercadang untuk membuat perubahan drastik terhadap rumah mewah aktres tersebut tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Difahamkan, pasangan itu mengakhiri hubungan mereka sejak dua bulan lalu selepas berlaku pertengkaran tentang wang.

Artikel Berikut

Artikel Lain