suria

'The Lord of the Rings' Diundi Filem Terbaik Dekad Ini

Trilogi 'Lord of the Ring' Filem Terbaik Dekad Ini.
Trilogi 'Lord of the Ring' Filem Terbaik Dekad Ini.
Trilogi 'Lord of the Ring' Filem Terbaik Dekad Ini.

LONDON: 'The Lord of the Rings' trilogi telah dipilih sebagai filem terbaik dekad ini dalam satu undian sebuah majalah.

Adaptasi daripada kisah epic nukilan J.R.R Tolkien, 'LOTR' telah mengalahkan filem seperti 'Brokeback Mountain', 'Gladiator' dan 'The Dark Knight' untuk berada dalam kedudukan teratas carta filem terbaik akhir dekad majalah 'Entertainment Weekly', lapor express.co.uk.

Album debut penyanyi rap Kanye West, 'The Collage Dropout'yang dikeluarkan pada tahun 2004 pula menduduki tempat pertama dalam carta album terbaik dekad ini meninggalkan album penyanyi rap Jay-Z 'The Blueprint' dan Radiohead 'Kid A'.

Bagi siri TV pula, drama penglipurlara 'The Sopranos' mengalahkan siri 'Lost' dan 'The Daily show'.

Bagaimanapun,'Harry Potter' mencuri perhatian apabila watak itu mengungguli undian peminat. Karakter itu berada dalam carta terbaik sepanjang dekad.

Turut disenaraikan 100 lagu terbaik, trend, buku dan bintang ternama sepanjang 10 tahun yang lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain