suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Drew Barrymore, Justin Long 'Mabuk Asmara'

Justin Long kini 'mabuk asmara' dengan Drew Barrymore
Justin Long kini 'mabuk asmara' dengan Drew Barrymore
Justin Long kini 'mabuk asmara' dengan Drew Barrymore

AKTRES gempal, Drew Barrymore dan bintang 'Jeepers Creepers', Justin Long kini dilaporkan semakin hangat bercinta. Terbaru, pasangan ini dilihat bersama ketika menghadiri tayangan perdana filem terbaru lakonan Justin, 'Serious Moonlight' dan filem Drew, 'Everybody's Fine'.

Menurut sumber, Justin segera meninggalkan tayangan perdana filemnya selepas acara karpet merah yang berlangsung di Cinema 2, Eat Side, Hollywood itu selesai, semata-mata untuk memberi sokongan kepada tayangan perdana filem Drew yang berlangsung di Loews Union Square, tidak berapa jauh dari situ.

Malah, pasangan ini ditemui berpacaran bersama beberapa teman rapat termasuk aktor Sam Rockwell selepas tayangan filem itu berakhir. Mereka dilaporkan kelihatan cukuo mesra dan intim, seolah memberi gambran jelas akan hubungan cinta yang sedang melanda kedua-dua bintang Hollywood ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain