suria

'Kung Fu Panda' Dalam Dual Bahasa Di HBO

Jangan ketinggalan menyaksikan filem animasi 'Kung Fu Panda' ini yang amat menggembirakan dan disuarakan oleh barisan pelakon-pelakon Hollywood yang berwibawa, bila ia ke udara buat pertama kali pada Ahad 29 November pada pukul 9 malam di HBO (Astro saluran 411)
Jangan ketinggalan menyaksikan filem animasi 'Kung Fu Panda' ini yang amat menggembirakan dan disuarakan oleh barisan pelakon-pelakon Hollywood yang berwibawa, bila ia ke udara buat pertama kali pada Ahad 29 November pada pukul 9 malam di HBO (Astro saluran 411)
Jangan ketinggalan menyaksikan filem animasi 'Kung Fu Panda' ini yang amat menggembirakan dan disuarakan oleh barisan pelakon-pelakon Hollywood yang berwibawa, bila ia ke udara buat pertama kali pada Ahad 29 November pada pukul 9 malam di HBO (Astro saluran 411)

DENGAN badan yang besar serta sedikit kekok namun bersifat terdorong, Po (pencalon Golden Globe Jack Black) adalah peminat setia seni pertahanan diri kung fu.

Tetapi minat ini sememangnya tidak dapat diguna semasa dia bekerja setiap hari di kedai mi keluarganya. Inilah perkenalan kepada watak utama, seekor beruang panda, dalam filem animasi 'Kung Fu Panda' yang akan ke HBO (Astro saluran 411) pada 29 November pada 9 malam.

Bila Po tanpa diduga dipilih untuk memenuhi satu ramalan purba, impian-impian Po mula menjadi kenyataan dan dia menyertai dunia kung fu untuk mengkaji seni tersebut di samping wira-wira kung fu yang dia kagumi.

Mereka adalah Pahlawan Garang Berlima yang legenda : Tigress (pemenang Academy Award Angelina Jolie); Crane (pemenang Emmy David Cross); Mantis (pencalon Emmy Seth Rogen); Viper (pencalon Emmy/SAG Lucy Liu); dan Monkey (bintang terkenal antarabangsa Jackie Chan) — di bawah kepimpinan guru mereka, Master Shifu (pemenang dua kali Oscar Dustin Hoffman).

Tanpa disedari mereka, harimau bintang salji yang jahat dan berdendam akan megemukakan satu ancaman kepada mereka.

Tai Lung (pemenang Emmy/Golden Globe Ian McShane) sedang menuju ke hala mereka dan kini terpulang kepada Po untuk mempertahankan semua daripada ancaman bahaya yang mendekati.

Bolehkah dia menukar impiannya untuk menjadi ketua kung fu satu realiti? Po meletakkan keseluruhan dirinya dalam tugas yang menunggu dan wira yang agak tidak pasti ini mendapati kelemahan-kelemahan terbesarnya berubah menjadi kekuatan-kekuatan terbesarnya.

Jangan ketinggalan menyaksikan filem animasi 'Kung Fu Panda' ini yang amat menggembirakan dan disuarakan oleh barisan pelakon-pelakon Hollywood yang berwibawa, bila ia ke udara buat pertama kali pada Ahad 29 November pada pukul 9 malam di HBO (Astro saluran 411).

Siaran ulangan adalah pada hari Isnin 30 November 1 tengah hari, Khamis 3 Disember 11.30 malam, Sabtu 5 Disember 11 pagi dan 7.30 malam, dan Ahad 6 Disember 2.30 petang. Tambahan pula, buat kali pertama di HBO, penonton-penonton akan dapat menikmati filem animasi ini dalam pilihan bunyi Bahasa Melayu atau Inggeris.

Untuk membuat pilihan antara Bahasa Melayu atau Inggeris, penonton cuma perlu tekan butang bunyi berganda pada kawalan jauh Astro dan pilihan audio dapat dilakukan.

Jacelyn Kek, Naib Presiden Kanan, Jualan dan Pemasaran, HBO Asia, berkata, “HBO Asia komited menyediakan lebih nilai untuk penonton-penonton di Malaysia.

"HBO adalah saluran pertama di Astro Movie Pack yang menawarkan sarikata Bahasa Melayu dan Mandarin.

"Dan kini, HBO menawarkan pilihan dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris untuk 'Kung Fu Panda', filem animasi nombor satu di Malaysia dan antarabangsa dalam tahun ia ke pawagam."

Dia menambah, "Jika sambutan pilihan dual bahasa untuk 'Kung Fu Panda' positif, kami akan mempertimbangkannya untuk filem-filem lain di HBO pada masa akan datang.”

Layari laman sesawang www.hboasia.com untuk maklumat lanjut.

Artikel Lain