suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pamela Anderson Bosan Diami Rumah Mobilnya

AKTRES siri Baywatch telah berpindah ke rumah mobilnya kerana mahligainya di kepulauan Malibu sedang diubah suai.

“Saya menyukai rumah mobil saya tetapi merindui rumah saya.

“Saya selalu ada 15 orang anak lelaki berlari dan saya juga boleh memasak. Ianya tidak sesak seperti rumah mobil saya.

“Anak-anak saya suka bermain di halaman rumah itu dan kini mereka tidak dapat berbuat demikian kerana tinggal dalam rumah mobil,” kata Pamela.

Sementara itu, Pamela dituduh kerana tidak membayar upah kontraktor yang telah mengubah suai rumahnya itu berkata dia menghadapi masalah dengan kontraktor tersebut.

Hanya tiga bulan lalu, Pamela selasa mendiami rumah mobilnya itu.

Kini dia menyesali tindaknya untuk mengubah suai rumahnya.

“Saya kesal dengan tindakan saya itu. Baru saya sedar yang saya lebih gembira sebelum mengubah suai rumah saya,” jelas aktres itu.

Namun, anak-anaknya Brandon, 13, dan Dylan, 11,sangat menyukai rumah mobilnya itu dan tidak mahu berpindah semula ke rumahnya di Kepulauan Malibu semula.

Artikel Lain