suria

Filem Senario:3 bersambung daripada Senario Episode: 2

Majlis pratonton filem 'Senario Beach Boy' baru-baru ini. -Foto UTUSAN
Majlis pratonton filem 'Senario Beach Boy' baru-baru ini. -Foto UTUSAN
Majlis pratonton filem 'Senario Beach Boy' baru-baru ini. -Foto UTUSAN

PENGARAH Ahmad Idham mengekalkan unsur-unsur yang memang sinomim dengan Senario dalam filem terbarunya ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys.’

Antara elemen yang ingin dikekalkan adalah seperti bunyi trumpet yang dimainkan oleh Mazlan Pet Pet dan nama ketiga-tiga hero dalam Senario.

“Kelainan yang saya bawa dalam filem ini adalah lokasi penggambarannya iaitu di Pulau Pangkor,” jelas Idham dalam satu temu bual bersamanya pada hari Selasa yang lalu selepas tayangan perdana filem itu di Damansara.

Filem ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys’ akan ditayangkan dalam pawagam di seluruh negara mulai 19 November ini.

Selain itu, pengarah muda itu juga ingin mewarnai karaktor-karaktor heroin dalam filem tersebut dengan mengwujudkan latar belakang yang berbeza.

“Watak Zuraidah yang dilakonkan Marsha dalam filem ini akan bercakap dalam slanga Sabah manakala watak Hamidah yang dibintangi oleh Nik Sayyidah bercakap dalam slanga Kelantan. Hamidah juga boleh berkomunikasi dalam bahasa Thailand,” kata pengarah filem itu lagi.

Watak-watak ini diwujudkan sebegitu rupa untuk menambahkan lagi elemen yang lucu dan untuk memberi kelainan dalam filem ini.

Filem yang menelan belanja hampir 1.8 juta itu dijangka akan diminati oleh kanak-kanak dan para remaja.

Kebanyakan daripada wang itu, dibelanjakan untuk membayar pelakon yang membintangi filem.Mereka mendapat penajaan untuk lokasi filem tersebut.

“Saya harap filem ini diminati oleh golongan muda dengan seluruh keluarga mereka,” kata Idham lagi.

Tambahnya lagi, beliau tidak lagi berharap peminat lama filem Senario adalah golongan yang datang ke pawagam untuk menonton filem ini.

“Apabila saya pergi ke pewagam semasa Senario episod pertama ditayangkan, saya terkejut melihat ramai pemuda-pemudi dan kanak -kanak datang menonton filem ini,” jelas Ahmad Idham lagi.

Kerana itulah pengarah muda ini berani menyasarkan filem ini kepada golongan tersebut.

Katanya lagi, penghujung filem Senario pada kali merupakan permulaan bagi filem Senario episode ketiga.

“Dalam Senario yang berikutnya, ketiga-tiga pasangan tersebut akan menimbang cahaya mata. Jalan cerita tersebut bermula apabila ibu ketiga-tiga anak itu pergi ke “Genting untuk menghadiri kursus manakala anak-anak mereka diletakkan dibawah jagaan ayah mereka.

“Malangnya ketiga-tiga anak tersebut diculik dan itulah jalan cerita untuk Senario episod ketiga nanti,” akhiri pengarah itu.

Artikel Lain