suria

Spice Girls bergabung hasilkan teater muzikal?

KUMPULAN Spice Girls dikatakan akan bergabung semula untuk menghasilkan kisah kehidupan mereka dalam bentuk pementasan muzikal.

Bekas ahli-ahli kumpulan itu dikhabarkan akan bersatu semula setelah empat anggotanya dilihat sedang makan bersama di sebuah tempat di London.

Melanie Brown atau Mel B selepas itu telah menguatkan lagi spekulasi tersebut apabila dia mendedahkan, kumpulan itu sedang di dalam proses untuk sebuah projek bersama sekali lagi.

Namun, dia enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Ketika ini, beberapa laporan akhbar melaporkan bahawa kumpulan yang terdiri oleh Mel B, Victoria, Geri, Emma dan Mel C itu sedang di dalam perbincangan untuk mementaskan kisah kejayaan mereka menerusi sebuah produksi muzikal.

"Itu merupakan projek sulung Geri, tetapi semua anggota kumpulan itu menyokongnya. Idea tersebut ialah untuk mencari lima orang pelakon yang akan membawakan watak-watak mereka.

"Semoga setiap seorang daripada mereka akan berpeluang memilih siapa pelakon-pelakon tersebut," kata sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain