suria

Nelly Furtado ingin berbogel dalam Playboy pada usia 40

Penyanyi Nelly Furtado beraksi semasa program realiti "Wetten Dass...?" (Bet it...?) di Freiburg, Jerman pada 3 Oktober 2009. -Foto AP
Penyanyi Nelly Furtado beraksi semasa program realiti
Penyanyi Nelly Furtado beraksi semasa program realiti "Wetten Dass...?" (Bet it...?) di Freiburg, Jerman pada 3 Oktober 2009. -Foto AP

NELLY Furtado meminta orang kuat majalah Playboy, Hugh Hefner supaya memberi tawaran lumayan untuknya beraksi bogel ketika dia mencecah usia 40 tahun.

Furtado, 31, pernah ditawarkan jumlah wang yang besar untuk berbogel di awal kariernya dulu, tetapi dia amat risau tindakan itu akan mencemarkan peluangnya untuk terus berjaya dalam bidang seni.

Namun, memandangkan semakin berusia, penyanyi itu rasa lebih berkeyakinan dengan rupa paras dan kariernya dan disebabkan itu, dia ingin Hefner untuk memberi semula tawaran baru.

"Majalah itu pernah ingin menawarkan $500,000, tetapi saya tidak mahu Playboy berada di dalam resume saya pada usia 22 tahun. Jika mereka tanya ketika saya berusia 40 tahun, saya mungkin akan bersetuju," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain