suria

Anang tidak hadiri sidang cerainya dengan KD

Tinggal kenangan...Kris dan Anang ketika masih sebagai suami isteri.
Tinggal kenangan...Kris dan Anang ketika masih sebagai suami isteri.
Tinggal kenangan...Kris dan Anang ketika masih sebagai suami isteri.

SIDANG perceraian Krisdayanti (KD) dan Anang semalam berlangsung dalam tempoh yang singkat kerana Anang gagal menghadirkan diri di Pengadilan Agama Jakarta Selatan bagi membincangkan kes perceraian mereka.

KD bagaimanapun mengotakan janjinya untuk hadir dan tiba di tempat itu pada pukul 10.30 pagi waktu Indonesia.

Permohonan cerai telah didaftarkan pada 28 September lalu, namun pada 19 Ogos lepas, Anang telah menjatuhkan talak tiga terhadap KD.

Dalam pada itu, peguam KD, Edward Lontoh enggan memberi komen tentang spekulasi yang mengatakan kehadiran orang ketiga adalah punca perceraian pasangan itu.

"Saya tidak boleh komen, itu urusan KD dengan Anang," kata Edward seperti yang dilaporkan di dalam laman web detikhot.

Edward juga tidak mahu mengulas lanjut tentang proses perceraian pasangan tersebut.

Sidang tentang perceraian mereka akan kembali bersambung pada 15 Oktober ini. Menurut pihak KD, jika proses itu menemui jalan buntu, mereka berniat untuk membawa saksi-saksi yang benar-benar tahu perjalanan rumahtangga pasangan itu.

Dalam pada itu, walaupun Anang tidak menghadirkan diri semalam, sidang perceraian itu tetap berlangsung.

"Ketidakhadiran Anang tidak mempengaruhi. Mahu atau tidak, ia tetap berjalan," kata Edward.

Artikel Lain