suria

Harrison Ford mempunyai ego yang besar

BINTANG filem 'The Indiana Jones' Harrison Ford mengakui dia mempunyai ego yang besar dan menegaskan semua aktor Hollywood memandang tinggi terhadap diri mereka.

"Jika ada sesiapa aktor berkata dia ambil kisah apa yang ditulis mengenainya, dia adalah penipu.

"Aktor-aktor secara keseluruhannya "ditelan" ego masing-masing. Saya juga mempunyai ego yang besar.

"Bagaimanapun, saya memanfaatkan ego berdasarkan prinsip anda boleh terus maju," media memetik Ford sebagai berkata.

Bintang berusia 67 tahun itu selalu mempertahankan apa-apa yang difikirkannya betul. "Jika saya berasa betul, saya akan bermati-matian mempertahankannya untuk memastikan orang lain memahami saya.

"Saya selalu berkata, "Jika anda menggaji saya, anda perlu mendengar saya," tambah Ford.

Artikel Sebelum

Artikel Lain