suria

Bruce Willis: Buat keputusan untuk 'Die Hard 5' sebelum usia saya semakin lanjut

Bruce Willis dan isterinya Emma Heming (kiri) ketika menghadiri tayangan perdana filem yang dibintangnya 'Surrogates' di Hollywood, California. foto-REUTERS

BRUCE Willis mengatakan dia mahu berlakon dalam siri kelima filem 'Die Hard' sebelum usianya semakin lanjut.

Beliau kali pertama berlakon dalam filem itu pada tahun 1988.

"Saya tidak ada masalah untuk berlakon dalam satu lagi siri filem tersebut tetapi mereka mesti membuat keputusan secepat yang boleh.

"Usia saya sudah semakin meningkat," kata Bruce.

Bagaimanapun, aktor berusia 54 tahun itu kini masih lagi aktif dalam bidang lakonan.

Terbaru Bruce telah bergandingan dengan Arnold Schwarzenegger dan Sylvester Stallone dalam filem 'The Expendables'.

Artikel Sebelum

Artikel Lain