suria

Fergie puji etika berpakaian di Malaysia

Fergie menghormati undang-undang Islam yang melarang masyarakat Islam dari berpakaian seksi. - foto AP
Fergie menghormati undang-undang Islam yang melarang masyarakat Islam dari berpakaian seksi. - foto AP
Fergie menghormati undang-undang Islam yang melarang masyarakat Islam dari berpakaian seksi. - foto AP

PENYANYI utama Black Eyed Peas, Fergie menghormati undang-undang tegas berpakaian bagi penduduk Islam di Malaysia dengan tampil berpakaian sopan pada konsert yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 25 September lalu.

Pada mulanya, kerajaan Malaysia menghalang masyarakat Islam daripada menghadiri konsert kumpulan tersebut yang berlangsung di sebuah taman tema kerana ia telah ditaja oleh syarikat gergasi alkohol Guinness.

Bagaimanapun keputusan tersebut telah ditarik semula dan hanya membenarkan sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja hadir ke konsert tersebut.

Dan Fergie yang sentiasa tampil di atas pentas dengan berpakaian seksi bagaimanapun menunjukkan rasa hormatnya di atas keputusan kerajaan Malaysia menarik balik larangan tersebut dengan berpakaian sopan iaitu berseluar jeans dan t-shirt sahaja.

Seramai 5 ribu penonton yang hadir teruja dengan persembahan kumpulan ini ketika mendendangkan lagu hit mereka seperti 'Where is the Love' dan 'I Gotta Feeling'.

Artikel Sebelum

Siti: Datuk K hanya untuk saya..

Artikel Berikut

Artikel Lain