suria

Cameron Diaz sedang bercinta dengan Jason Lewis

Aktress Cameron Diaz ketika menghadiri tayangan perdana 'My Sister Keeper' di New York. foto-REUTERS

AKTRESS Hollywood, Cameron Diaz dan aktor Jason lewis dilaporkan sedang hangat bercinta.

Spekulasi mengenai percintaan mereka itu mula diperkatakan apabila kedua-duanya kelihatan sedang meluangkan masa bersama di Venice Beach baru-baru ini. "Ketika itu Cameron dan Jason duduk di sudut sebuah restoran dan saling berpelukan," kata satu sumber.

Cameron dan aktor 'Sex and the City' itu sudah berkenalan sejak beberapa tahun lepas.

"Jason memang jenis lelaki yang diminati Cameron. Dia suka seorang lelaki yang berjiwa athletik," kata sumber itu lagi.

Cameron sebelum ini sering dikaitkan dengan ramai lelaki selepas dia berpisah dengan Paul Sculfor.

Antara selebriti yang pernah dikaitkan denganya ialah penyanyi utama Maroon 5, Adam Levince, Aktor Leornado DiCaprio dan Jude Law.

Artikel Berikut

Artikel Lain