suria

Pengasas gitar rock, Les Paul meninggal dunia pada umur 94

Les Paul meninggal dunia akibat pneumonia di hospital New York pada 13 Ogos 2009. -foto REUTERS
Les Paul meninggal dunia akibat pneumonia di hospital New York pada 13 Ogos 2009. -foto REUTERS
Les Paul meninggal dunia akibat pneumonia di hospital New York pada 13 Ogos 2009. -foto REUTERS

LES Paul yang mencipta dan memperkenalkan gitar elektrik ke seantero dunia telah meninggal dunia.

Dia berumur 94 tahun. Syarikat pemasaran gitar Les, Gibson mendedahkan figura berpengaruh itu mati ekoran pneumonia.

Beberapa nama terkemuka dalam dunia rock yang dikaitkan dengan suara Les termasuk The Edge (gitaris U2), Jimmy Page (Led Zeppelin), Slash (bintang Guns N' Roses) dan Pete Townshend (The Who).

Dewa gitar dan sejarawan rock masih meratapi kematiannya dan memuji sumbangannya kepada muzik kontemporari.

"Les Paul ialah contoh terbaik bagaimana seseorang itu boleh menjalani kehidupannya dengan lengkap," ujar Slash.

"Dia begitu bersemangat dan bertenaga serta penuh dengan tenaga positif. Saya berasa dihargai dan rendah hati untuk mengenali serta bermain gitar dengannya sejak kebelakangan ini."

Slash berkata, dia diberi penghormatan kerana mengenali dan dapat bermain gitar dengannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain