suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katy Perry langsung tidak tahu masak air!

KATY Perry berjenaka dia terlalu dimanjakan sejak menyertai lawatan kunjungan (tour) sehingga dia tidak tahu memasak air!

Penyanyi itu yang berada di The Intercontinental Sydney untuk mempromosikan lawatan kunjungan terbaru 2009 berkata, dia tidak akan mempamerkan kemahiran memasak pada siri baru MasterChef.

"Saya langsung tidak tahu masak air. Adalah sangat menggelikan hati jika saya meneruskan persembahan itu tetapi saya berkemungkinan membakar studio tersebut," media memetik Katy sebagai berkata.

"Saya telah terlalu dimanjakan dan sering mengikuti lawatan kunjungan untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

"Jika saya lapar di tengah-tengah malam, saya boleh pesan tomato dan sup basil. Dan terdapat satu mini bar juga," kata Katy.

Artikel Lain