suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti terima 7 per 88 bahagian harta pusaka bapa

Abang Siti Nurhaliza, Ayie bersama dengan ibunya di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN
Abang Siti Nurhaliza, Ayie bersama dengan ibunya di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN
Abang Siti Nurhaliza, Ayie bersama dengan ibunya di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerima tujuh daripada 88 bahagian harta pusaka peninggalan arwah bapanya, Tarudin Ismail.

Keputusan itu dilakukan selepas abang penyanyi itu, Ayie atau nama sebenarnya Saiful Bahri membuat permohonan sijil faraid sebagai syarat untuk menguruskan harta si mati.

Pembahagian harta mengikut hukum faraid dapat mengelakkan perselisihan faham dan pergaduhan antara waris.

Ayie berkata, harta pusaka arwah bapanya itu adalah seperti tanah dan duit simpanan. Namun, selebihnya, dia enggan mengulas lanjut.

"Tidak perlulah saya beritahu lebih tentang harta itu sebab ia agak peribadi.

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan pembahagian harta yang diputuskan oleh mahkamah dan tidak mempunyai masalah antara adik-beradik," katanya yang hadir di mahkamah itu bersama ibunya, Siti Salmah Bachik.

Hakim syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid juga telah meluluskan pembahagian faraid kepada enam adik-beradik Siti yang lain di mana setiap anak lelaki mendapat 14 per 88 bahagian manakala setiap anak perempuan mendapat 7 per 88 bahagian harta arwah Tarudin.

Dalam pada itu, peguam syarie Ahmad Badri Idris memaklumkan lebihan harta arwah akan diberikan kepada balunya, Siti Salmah.

Anak-anak Allahyarham Tarudin adalah Saiful Lizan, 40, Saiful Bahri, 37, Siti Nor Saida, 33, Siti Nurhaliza, 30, Mohd Ali, 28, Siti Nor Saerah, 25 dan Mohd Hafiz, 21.

Sementara seorang lagi abang Siti, Saiful Suhairi, telah meninggal dunia ketika berusia 11 bulan.

Arwah Tarudin meninggal dunia pada 15 Februari lalu akibat serangan jantung.

Artikel Lain