suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor peribadi Michael hadapi masalah kewangan

Ramai yang menuding jari pada doktor peribadi Michael Jackson, Dr Conrad Murray
Ramai yang menuding jari pada doktor peribadi Michael Jackson, Dr Conrad Murray
Ramai yang menuding jari pada doktor peribadi Michael Jackson, Dr Conrad Murray

DOKTOR peribadi Michael Jackson dilaporkan menghadapi masalah kewangan apabila digaji untuk menjaga mendiang. Faktor tersebut kini menjadi teori dalam kes pematian Raja Pop itu.

Dr. Conrad Murrad dikhabarkan berhutang sekurang-kurangnya USD 780,000 dolar. Hutang tersebut berpunca daripada tuduhan terhadapnya dan amalan perubatannya, hutang ansuran sewa rumah, pinjaman belajar, bayaran sokongan kanak-kanak dan kad kredit.

Khabarnya, Conrad menerima gaji sebanyak USD 150,000 sebulan.

Ahli perubatan itu didakwa merupakan suspek utama dalam siasatan manslaughter (pematian orang).

Menurut laporan media, dia dipercayai antara mereka yang preskripsi ubat-ubatan yang "meragut nyawa" Raja Pop itu.

Steve Cron, wakil pembela jenayah dan profesor adjunct sekolah perundangan Universiti Pepperdine berpendapat teori masalah tekanan kewangan pada Murray boleh membantu pihak pendakwa mengenal pasti motif kes tersebut.

Cron berkata: "Terdapat tekanan yang maha hebat untuk membuat apa yang dikehendaki Michael Jackson, beri dadah seperti yang dikehendaki, rawat Michael seperti yang dikehendaki, walaupun bercanggah dengan protokol perubatan."

Artikel Lain