suria

'The Next Three Days' filem baru Russell Crowe

Russell Crowe bersedia untuk berlakon dalam filem baru 'The Next Three Days' yang diadaptasi dari filem Perancis 2008 yang bertajuk 'Pour Elle'. - foto REUTERS

RUSSELL Crowe bersedia untuk berlakon dalam filem baru 'The Next Three Days' yang diadaptasi dari filem Perancis 2008 yang bertajuk 'Pour Elle'.

Hero filem 'Beautiful Mind' itu dilaporkan akan memegang watak seorang guru yang isterinya dijatuhkan hukuman bunuh disebabkan jenayah yang tidak dilakukanya.

Dia merancang satu pelan demi untuk menyelamatkan isterinya yang tercinta.

Filem itu akan menyaksikan Paul Haggis yang pernah mengarahkan filem 'Crash' sekali lagi berkerja bersama Lionsgate, sebuah studio filem yang terkenal.

"Filem ini akan memaparkan, seorang lelaki yang sanggup menyelamatkan isteri yang disayanginya dengan melakukan apa saja... walaupun dia sedar kesan daripada perbuatannya itu akan menyebabkan isterinya merasa benci terhadapnya," kata Paul Haggis ketika memberi penjelasan tentang filem baru arahannya itu.

Artikel Lain