suria

Cowell sambut hari jadi ke-50 dengan 17 bekas teman wanita

Juri American Idol, Simon Cowell dan teman wanitanya Terri Seymour ketika tiba di peringkat akhir American Idol di Los Angeles, California pada 21 Mei 2008. -foto REUTERS
Juri American Idol, Simon Cowell dan teman wanitanya Terri Seymour ketika tiba di peringkat akhir American Idol di Los Angeles, California pada 21 Mei 2008. -foto REUTERS
Juri American Idol, Simon Cowell dan teman wanitanya Terri Seymour ketika tiba di peringkat akhir American Idol di Los Angeles, California pada 21 Mei 2008. -foto REUTERS

MERAIKAN hari jadi ke-50 barangkali suatu perkara lumrah, tetapi untuk meraikannya bersama-sama dengan 17 bekas teman wanita, itu dianggap luar biasa.

Lelaki bertuah itu tidak lain, tidak bukan ialah muzik mogul Simon Cowell yang akan menyambut hari jadi ke-50 pada Oktober ini.

Simon dijangka akan menghadiri parti hari jadinya yang akan dihos oleh bekas teman wanitanya, Jackie St Claire pada hujung minggu ini.

Sambutan hari jadi Simon dikhabarkan terpaksa diawalkan tiga bulan memandangkan jadual penggambarannya dijangkakan bertambah padat selepas pelancaran 'The X Factor'.

Juri The X Factor itu juga diarahkan untuk 'menjangka sesuatu di luar jangkaannya' dalam parti bertemakan rona putih di West London.

Finalis Britain's Got Talent Stavros Flatley bakal membuat persembahan pada parti tersebut.

Tetamu yang diundang termasuk Terri Seymour, Sinitta, Dannii Minogue, Cheryl Cole, Louis Walsh, Piers Morgan, Paula Abdul dan Randy Jackson.

"Sememangnya malam itu akan penuh bersejarah untuk Simon," menurut satu sumber.

"Dia (Simon) tidak mempunyai sebarang idea ia adalah parti untuknya. Jackie hanya memberitahu dia ia adalah hari jadi dan meminta Simon datang menepati masa untuk kali itu.

"Malah Simon telah membelikan Jackie satu hadiah yang sangat mengejutkan. Ini menunjukkan dia benar-benar tidak tahu apa yang sedang dirancangkan untuknya.

"Warna putih ialah rona kegemarannya. Justeru, semua tetamu telah diminta memakai warna itu. Pelawak Stavros Flatley yang menyebabkan Simon ketawa tak kering gusi telah ditempah untuk memberikan persembahan pada malam itu.

"Arak akan dihidangkan dan Simon memang memerlukannya berdasarkan senarai tetamu yang sedia ada.

"Untuk kebanyakan lelaki, pengalaman sebegini merupakan mimpi ngeri. Bagaimanapun, Simon akan dapat menyesuaikan dirinya untuk situasi sedemikian.

"Jika ditanya siapa boleh berbuat demikian, Simon boleh (melakukannya).

"Secara jujurnya, Simon hakikatnya mempunyai perhubungan yang baik dengan mereka semua. Oleh itu, tidak akan wujud perasaan malu - sama ada bekas-bekas teman wanitanya mahupun Simon," tambah sumber itu.

Artikel Lain