suria

Angelina ke Iraq, Brad Pitt terpaksa jaga anak

Duta Muhibah UNHCR, Angelina Jolie beramah mesra dengan orang-orang pelarian di Baghdad, Iraq, pada 23 Julai 2009. -foto AP
Duta Muhibah UNHCR, Angelina Jolie beramah mesra dengan orang-orang pelarian di Baghdad, Iraq, pada 23 Julai 2009. -foto AP
Duta Muhibah UNHCR, Angelina Jolie beramah mesra dengan orang-orang pelarian di Baghdad, Iraq, pada 23 Julai 2009. -foto AP

IBU kepada enam orang anak, Angelina Jolie terlibat dalam satu lagi misi keamanan tapi kali ini bukan kerana mahu mendapatkan anak angkat sebaliknya dia melawat wilayah yang terlibat dalam kancah peperangan di Iraq.

Ketiadaan beliau menyebabkan Brad Pitt terpaksa menjaga anak-anak mereka dan terlepas peluang untuk menghadiri tayangan perdana filem barunya 'Inglourios Bastards' di UK yang turut dihadiri oleh pelakon lain seperti Mickey Rourke, Diane Kruger dan Quentin Tarantino.

Ketika lawatan itu Angelina, 34, memakai baju kalis peluru dan melawat ahli-ahli keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat perang yang berlaku di Iraq.

Beliau merupakan duta kepada Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNHCR, sejak dari tahun 2001.

Walaupun cuaca panas ketika itu tetapi dia kelihatan berpakaian gelap dan terpaksa pula memakai baju kalis peluru berwarna biru yang berat.

Daripada lawatan itu, Angelina berharap ia dapat meningkatkan kesedaran orang ramai di seluruh dunia tentang nasib yang menimpa pelarian-pelarian di Iraq.

Dia bertanya kepada salah seorang keluarga yang ditemuinya adakah mereka mahu balik semula ke kampung halaman mereka di Abu Ghraib.

"Tidak mungkin, keluarga jiran kami kembali tapi 3 anak perempuan mereka terbunuh... kenapa ini berlaku kepada kami?" jawab mereka.

"Saya akan datang semula ke sini dan dapatkan tempat tinggal yang lebih baik untuk anda semua," kata Angelina.

"Kamu semua perlukan pertolongan bukan kerana kamu miskin, tetapi kamu adalah masa depan Iraq.

"Saya tidak fikir saya mempunyai cukup kekuatan dan ketabahan seperti anda semua untuk mengharungi kehidupan sebegini," katanya lagi.

Ini merupakan lawatan Angelina yang ketiga ke negara itu sejak tahun 2007.

Artikel Lain