suria

Jamie Waylett terlepas hukuman penjara ekoran tanam kanabis di bilik tidur

Pelakon British, Jamie Waylett, 19, yang berlakon dalam filem Harry Potter ketika dijatuhkan hukuman kerana memiliki Marijuana. foto-AP
Pelakon British, Jamie Waylett, 19, yang berlakon dalam filem Harry Potter ketika dijatuhkan hukuman kerana memiliki 
Marijuana. foto-AP
Pelakon British, Jamie Waylett, 19, yang berlakon dalam filem Harry Potter ketika dijatuhkan hukuman kerana memiliki Marijuana. foto-AP

AKTOR yang pernah membintangi filem 'Harry Potter', Jamie Waylett terlepas hukuman penjara ekoran menanam kanabis di bilik tidur.

Mahkamah Magistret City of Westminster menjatuhkan hukuman 120 jam untuk membuat kerja-kerja komuniti, menurut laporan media.

Terdahulu, Waylett yang memegang watak pembuli di sekolah Hogwarts, Vincent Crabbe ditahan di bawah undang-undang anti-keganasan kerana mengambil foto sebuah kereta peronda polis berdekatan Parlimen pada April lalu.

Polis kemudian mengesan terdapat gambar-gambar tumbuh-tumbuhan kanabis di dalam telefon mudah alihnya.

Apabila polis menyerbu flet yang didiaminya di Kilburn, utara London bersama denga ibunya, polis mendapati sepuluh tumbuhan kanabis ditanam di dalam dua khemah pada bilik tidurnya.

Peguam Waylett, Cheryl Rudden menggesa mahkamah untuk meringankan hukuman agar kerjayanya tidak termusnah begitu sahaja.

Artikel Lain