Jermaine Jackson.SPEKULASI bertiup kencang sama ada Jermaine Jackson akan bangkit meneruskan kerjaya nyanyiannya.Ini ekoran bekas ahli kumpulan 'The Jackson 5' itu mengalunkan lagu Charlie Chaplin, 'Smile' dengan sempurna sekali semasa upacara memperingati adiknya, Jackson, Selasa lalu. Kawan-kawan dan ahli biografi, Stacy Brown percaya Jermaine kini mempunyai peluang terbaik untuk kembali ke pentas hiburan."Ini mungkin merupakan pemangkin untuk Jermaine meneruskan kerjayanya. Dia merupakan satu-satunya abang yang berjaya dalam bidang nyanyian solo."Inilah saat-saatnya untuk Jermaine kembali," media memetik Brown sebagai berkata.Pegawai seranta (publisis) Jermaine tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen.