suria

Sebab kematian dalam sijil kematian Michael tertera 'ditunda'

SIJIL kematian Michael Jackson telahpun dikeluarkan di mana sebab kematian tertera sebagai 'deferred' (ditunda) kerana tidak pasti.

Koroner berkata, "Pegawai penyiasat masih belum dapat kepastian apa yang menyebabkan kematian Michael Jackson. Mereka masih mengkaji otak penyanyi itu."

Pihak kesihatan secara rasmi telah mengeluarkan sijil kematian itu semalam, hari yang sama diadakan memorial dan upacara penghormatan Michael yang diadakan di Los Angeles.

Penolong Ketua Koroner Ed Winter berkata, "Otak Jackson, atau sebahagian dari otaknya masih lagi dibuat kajian oleh pihak penyiasat. Ianya akan dikembalikan kepada keluarganya setelah prosedur neurothopologi habis."

"Banyak lagi uji kaji yang perlu dilakukan. Sehabis sahaja kami selesai, kami akan pulangkan otak Micahel," kata Winter.

Bukan sesuatu yang luar biasa bagi seorang koroner menyimpan otak atau sampel dari otak untuk buat kajian. Selalunya keluarga si mati akan melengahkan masa penegebumian hingga otak dikembalikan. Dalam kes Michael, Winter berkata dia belum mendapat sebarang maklum balas dari keluarga Jackson.

"Yang terakhir saya dengar, mereka belum kebumikan dia lagi," kata Winter.

Polis dan pihak berkuasa koroner masih berhempas pulas mencari penyebab apa yang membunuh penyanyi kesayangan ramai itu pada 25 Jun.

Dalam sijil kematian itu juga, pekerjaan Jackson ditulis sebagai 'pemuzik' dan semua informasi diperolehi dari kakaknya, La Toya.

Dokumen sijil kematian itu juga tidak mencatitkan di mana Jackson akan disemadikan.

Artikel Lain