suria

Klip video raptai terakhir Jackson mungkin difilemkan!

Michael Jackson ketika sedang berlatih di Staples Center, Los Angeles. foto - AP
Michael Jackson ketika sedang berlatih di Staples Center, Los Angeles. foto - AP
Michael Jackson ketika sedang berlatih di Staples Center, Los Angeles. foto - AP

VIDEO pendek 30 saat yang menunjukkan Michael Jackson sedang berlatih untuk bersediaan raptai dua hari sebelum kematiannya telah ditayangkan.

Sedutan video Michael yang lebih daripada 100 jam ketika sedang berlatih itu sedang dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai album "live", filem, dan rancangan berbayar.

Bahan bernilai seperti itu berserta dengan insurans dan jualan tiket boleh membantu Michael mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya sekitar $400 juta dolar, lapor penganjur AEG Live.

"Dia merupakan kawan kita di dunia dan akhirat," Kata Presiden dan CEO penganjur konsert AEG Live, Randy Philips.

Michael sedang berlatih untuk raptai satu siri kemunculan semula beliau di London.

"Kalau kita semua melakukan tugas dengan baik, kita mampu untuk mengumpul kutipan berjuta dolar dan ini boleh mengurangkan bebanan hutang Michael," tambah Randy.

AEG Live mengutip keuntungan daripada penjualan album Michael. Jualan album Michael meningkat dengan mendadak selepas dia disahkan telah meninggal dunia minggu lalu.

Dua daripada 3 albumnya berada di senarai hit tiga teratas dan 3.3 juta trek lagunya telah dimuat turun di seluruh dunia untuk minggu ini sahaja.

Randy menjelaskan dia menayangkan klip video itu kerana sudah tidak tahan lagi dengan gambaran negatif yang dipaparkan oleh media terhadap Michael selepas kematiannya.

"Saya membuat keputusan untuk memberi peluang orang ramai lihat sendiri apa yang dilakukan oleh Michael, bagaimana dia berlatih dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Pihak insurans akan membayar gantirugi berkenaan dengan konsert di London sekiranya hasil bedah siasat Michael menjelaskan yang dia meninggal dunia kerana mengambil ubat yang berlebihan.

Artikel Lain