suria

Debbie mungkin pertahan hak penjagaan dua anaknya

Bekas isteri Michael Jackson, Debbie Rowe. - foto AP
Bekas isteri Michael Jackson, Debbie Rowe. - foto AP
Bekas isteri Michael Jackson, Debbie Rowe. - foto AP

DEBBIE Rowe, ibu kepada dua orang anak Michael Jackson, mungkin akan ke mahkamah untuk mendapatkan hak jagaan anak-anak mereka, kata satu laporan di sini.

Wanita yang berambut perang 50 tahun ini, telah menyerahkan hak penjagaan kedua anak itu kepada Jackson pada 2001.

Anak-anaknya hasil perkongsian hidup dengan Jackson ialah Michael Joseph Jr., yang lebih dikenali sebagai Prince Michael, 12; dan anak perempuan Paris Michael Katherine, 11.

Tapi kini Rowe mungkin akan mencabar untuk mendapatkan hak jagaan anak-anaknya yang kini dalam penjagaan sementara ibu Jackson, Katherine, menurut satu sumber.

Rowe juga pernah memberitahu mahkamah lapan tahun lepas bahawa dia melahirkan anak-anak tersebut adalah untuk Jackson.

"Mereka tidak mungkin akan berada di dunia ini jika bukan kerana cinta saya kepada dia. Saya melakukannya adalah kerana dia ingin menjadi seorang bapa, bukan kerana saya ingin menjadi seorang ibu," kata Rowe kepada mahkamah.

Penceraian mereka telah disahkan pada tahun 2000, dengan Rowe memperoleh USD 8.5 juta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain