suria

Katie Holmes muncul dalam 'So You Think You Can Dance'

Katie Holmes akan membuat kemunculan istimewa di peringkat akhir program realiti popular Amerika, So You Think You Can Dance - foto AFP

AKTRES Katie Holmes akan membuat kemunculan istimewa di peringkat akhir program realiti popular Amerika, So You Think You Can Dance.

Spekulasi yang mengatakan isteri kepada aktor Tom Cruise itu akan tampil secara 'cameo' di dalam program itu mula tercetus apabila Holmes dikatakan telah mengikuti kelas tarian secara diam-diam dan bertemu produser program, Nigel Lythgoe.

Namun begitu, sumber telah pun mengesahkan bahawa aktres berusia 31 tahun itu akan muncul di dalam program itu setelah merakamkan 'cameo' awal minggu ini.

"Ia dirakamkan minggu lepas dan akan ditayangkan di peringkat akhir tidak lama lagi. Ia merupakan gabungan antara Broadway dan Hollywood.

"Dia amat hebat dan sangat profesional," kata sumber.

Artikel Lain