suria

Filem "Jodha Akhbar" meraih 11 Anugerah di IIFA Award 2009

PENGARAH filem Ashutosh Gowarikar’s baru-baru ini berjaya membawa pulang kemenangan besar di majlis anugerah International Indian Filem Academy yang kesepuluh (IIFA 2009) melalui filem arahannya, ‘JODHA AKHBAR’.

Filem ini berjaya menggondol 11 anugerah termasuk ‘Pelakon Terbaik’, ‘Filem Terbaik’ dan ‘Pengarah Terbaik. “Jodha Akhbar ialah sebuah kisah epik yang berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Akhbar pada kurun ke-16 dan isterinya Jodha.

Menariknya, filem ‘JODHA AKHBAR’ ini dicalonkan di dalam 13 kategori utama yang juga merupakan pencapaian tertinggi bagi mana-mana filem yang bertanding pada tahun ini. Ashutosh Gowarikar memenangi anugerah ‘Pengarah Terbaik’ manakala Hitrik Roshan memenangi anugerah ‘Pelakon Terbaik’ melalui filem ini.

Pemenang anugerah Oscar AR Rahman memenangi anugerah ‘Pengarah Muzik Terbaik bagi filem ini sementara Javed Akhtar memenangi anugerah Penulis Lirik Terbaik bagi filem yang sama. Sementara itu, Javed Ali membawa pulang anugerah Penyanyi Latar Terbaik (Lelaki) bagi filem ini.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem bersejarah yang memenangi pelbagai anugerah ini di B4U (saluran 133) pada 27 Jun 2009, jam 8.30 malam.

Pelakon-pelakon utamanya ialah Hritik Roshan dan Aishwarya Rai.

SINOPSIS

Filem arahan Ashutosh Gowariker; Jodhaa Akbar ialah sebuah kisah yang menceritakan pembesar Mughal yang memerintah Hindustan (sekarang India); Jalaluddin Mohammad Akhbar dan puteri dari Raiput yang garang bernama Jodhaa.

Berlatarbelakangkan pada kurun ke-16, kisah epik romantik ini bermula dengan perkahwinan perjanjian di antara dua budaya dan agama demi kepentingan politik apabila Raja Hindu Bharmal dari Amer menyerahkan anak perempuannya kepada pemerintah Islam, Akhbar.

Apabila Akhbar menerima lamaran perkahwinan itu, dia hanya memikirkan tujuan asal perkahwinan itu diadakan ialah untuk semata-mata menguatkan hubungan bersama Raiput tetapi sebaliknya dia juga menemui cinta sejatinya.

Di tempat pertarungan yang menyaksikan penaikkan takhta sehingga pertarungan di medan perang sehingga menjulang namanya sebagai ‘Si Akhbar yang Hebat’, Jodhaa Akhbar juga menyaksikan kisah cinta yang berputik di antara pembesar negara dan permaisuri yang memberontak.

Filem yang dijayakan oleh Hritik Roshan sebagai Akbar dan Aishwarya Rai Bachchan sebagai Jodhaa, filem ini diterbitkan oleh Ronnie Screwvala dan Ashutosh Gowariker.

Senarai kemenangan JODHA AKHBAR di IIFA Awards 2009:

Filem Terbaik - Jodha Akbar

Pengarah Terbaik - Ashutosh Gowarikar (Jodha Akbar)

Pelakon Terbaik - Hritik Roshan (Jodha Akbar)

Pengarah Muzik Terbaik - AR Rahman (Jodha Akbar)

Penulis Lirik Terbaik - Javed Akhtar (Jodha Akbar)

Penyanyi Latar Terbaik (Lelaki) - Javed Ali (Jodha Akbar)

Latar Muzik Terbaik - AR Rahman (Jodha Akbar)

Pereka Pakaian Terbaik - Neeta Lulla (Jodha Akbar)

Penyunting Terbaik - Ballu Saluja (Jodha Akbar)

Pengarahan Seni Terbaik - Nitin Chandrakant Desai (Jodha Akbar)

Solekan Terbaik - Madhav Kadam (Jodha Akbar)

Artikel Lain