suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cincin pemberian DiCaprio tersarung di jari manis Winslet

Kate Winslet terpikat dengan Leonardo DiCaprio.
Kate Winslet terpikat dengan Leonardo DiCaprio.
Kate Winslet terpikat dengan Leonardo DiCaprio.

KATE Winslet terpikat dengan bintang gandingannya dalam filem Titanic dan Revolutionary Road, Leonardo DiCaprio buat masa ini.

Sebabnya mudah. Menurut Winslet, cincin yang dipakai di cincin manisnya sekarang adalah hadiah daripada "Leo" (nama glamor untuk DiCaprio).

"Ya, perkataan "cincin Leo" diukir dalam cincin ini," katanya kepada satu majalah, "tetapi saya tidak akan memberitahu mesej lain yang ada."

Leonardo memberikan cincin emas itu kepada Kate selepas mereka selesai membuat penggambaran untuk filem Revolutionary Road.

Dan sekarang, aktres itu menyarung cincin itu di jari manisnya.

Awal tahun ini, Kate memenangi dua Golden Globers dan satu Oscar untuk peranannya dalam The Reader.

"Saya tidak berasa (anugerah-anugerah tersebut) telah meningkatkan keyakinan saya," katanya kepada satu majalah.

"Jika saya lebih muda dan menerima anugerah tersebut ketika ini, ia mungkin mendatangkan impak yang lebih tepat. Saya tahu siapa saya sekarang," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain